Saturday, November 22, 2008

SALAM PERKENALAN

Salam Sejahtera.

Saya Hamidah, seorang suri rumah berasal dari Ipoh, Perak. Satu ketika dulu semasa belum berkahwin sehingga mendapat seorang cahaya mata, saya pernah bekerja di sebuah syarikat swasta di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Kemudian saya menumpukan sepenuh perhatian kepada rumah tangga.

Kini kami sekeluarga tinggal di Ipoh dan kami telah dikurniakan cahaya mata seramai 4 orang. Dalam waktu saya duduk di rumah membesarkan anak-anak, saya berpeluang menambah ilmu di bidang jahitan dan sehingga kini masih menerima beberapa tempahan menjahit pakaian.

Namun jodoh saya untuk menjalankan bisnes Smart Naco secara online bersama Smart Success Team bermula ketika saya baru berjinak-jinak dengan Laptop. Pada waktu ini seorang dari anak saya belajar di luar negara, maka sebagai penghubung rindu dan penghubung kasih, seorang lagi anak saya mengajar saya bagaimana boleh berhubung dengan beliau melalui internet. Maka dari itu saya merasa seronok dapat berhubung dengan dunia luar dan pada ketika saya surf di internet, saya telah terjumpa dengan website SPD Zulkifli Hassan. Maka bermulalah episod saya dalam bisnes MLM Smart Naco ini yang mana ini adalah merupakan kali pertama saya melakukannya di online. Melalui SPD Zul yang banyak memberi sokongan kepada saya, saya telah diperkenalkan kepada Kak Mala yang kini adalah upline saya dan melalui Kak Mala saya diperkenalkan kepada Mazlina yang juga merupakan upline terdekat saya. Kami telah mula berkomunikasi melalui YM.

Begitu besar nikmat dan kemudahan yang Allah SWT berikan kepada kita, sekiranya kita pandai menggunakan internet keseluruhannya.

Saya akan terus berusaha dan berharap agar Coach saya dan Kak Mala serta upline-upline saya yang lain dapat memberi sokongan dan tunjuk-ajar kepada saya sepanjang perjanalan saya dalam bisnes ini.

Ini saja perkongsian pertama di blog sulong saya ini. InsyaAllah, saya akan terus menerus melakarkan perjalanan bisnes saya ini bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain.

Wassalam.
-Hamidah-