Sunday, December 14, 2008

Saturday, December 13, 2008

BE HEALTHY MAKE YOU WEALTHY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini genap usia saya ke 47 tahun yang mana di dalam usia begini telah memantapkan saya untuk menjadi seorang isteri, ibu dan juga seorang usahawan yang berjaya. Dengan kerjasama dan sokongan daripada keluarga telah menjadikan saya seorang yang cekal untuk menempuh apa jua cabaran yang bakal mendatang terutama di dalam busines yang baru saya ceburi.

Dapat saya rasakan ketika membuat promosi di kampung iaitu di Bota Kanan, Perak, Hari Raya Aidil Adha yang lepas, dimana saya telah berjaya memujuk beberapa orang di kalangan keluarga saya untuk mencuba produk IgG-Plus yang luarbiasa. Walaupun pada mulanya mereka agak keberatan tapi saya cuba meyakinkan mereka dengan beberapa taktik yang di dapati dari blog beberapa usahawan-usahawan Smart Naco yang telah berjaya, juga dari CD SST Training yang di beri oleh En Zulkifli untuk di jadikan panduan. Ternyata ia Berkesan! Saya telah berjaya menjual beberapa kotak IgG-Plus juga Pek Percubaan kepada mereka. Walaupun tak banyak tapi bagi saya yang baru memulakan bisnes ini, ia adalah satu permulaan yang menaikkan Semangat untuk saya terus berusaha menjadi seorang USAHAWAN yang berjaya. InsyaAllah..

Balik saja dari Bota, Perak, saya bersama keluarga telah pergi menziarah saudara-mara suami saya di Perlis. Terasa begitu bersemangat sekali untuk mempromosi IgG-Plus di sana. Saya dapati di sana, banyak yang tak tahu tentang IgG-Plus, saya rasa peluang untuk di pasarkan di sana terbuka luas. Ada juga beberapa kenalan suami saya yang berminat dan akan menghubungi saya kemudian. Mudah-mudahan saya akan mendapat tindakbalas yang baik dari mereka. Walaupun masa kami singkat, sempat juga saya dan keluarga mengedarkan fliers. Di harapkan apa yang kami usahakan akan membuahkan hasil.

IT SIMPLE AND EASY

You used for your self. You will earn money.
You topped for your self. You will earn money.
You topped for your family. You will earn money.
You topped up for your friend. You will earn money.
You sponsor others to join my mode. You will earn money.

SO WE START OUR OWN BUSINESS WITH IgG-PLUS FOR EXTRA MONEY

BERSAMA MENUJU KE PUNCAK KEJAYAAN DAN PENUHI IMPIAN ANDA!

Wassalam, jumpa lagi.

Hamidah Abd Rahman
013-5842901 / 05-2918269
hamidahdin@ymail.com
www.alivingmydream.com/hamidahdin/

Tuesday, December 2, 2008

KEHEBATAN SUSU IgG-PLUS

Assalamualaikum

Berjumpa lagi kita di halaman ini.

Setelah dua minggu bersama Smart Naco, saya dapat rasakan perubahan dalam pemikiran saya yang selalu bersikap negative. Bersyukur kepada Allah yang mengubah kehidupan saya dari seorang yang bersifat negative kepada positive. Ini semua adalah berkat dorongan, semangat dan motivasi yang di tunjukkan oleh Kak Mala, En Zul serta usahawan-usahawan Smart Success Team yang sudi mengisi ruang VISITORS di blog saya ini. Terima kasih.

Di sini, ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya setelah mengambil susu IgG-Plus selama dua minggu ini. Sebelum ini, saya ada mengidap penyakit lenguh-lenguh di sendi, kaki dan tangan, yang ketara di kaki sehingga kadang-kadang nak naik tangga pun terasa sakit. Begitu juga dengan pinggang saya hingga tidur malam selalu ternganggu. Nak bangun pagi lagi sakit, mengambil masa nak turun dari katil. Mungkin kerana kesan duduk terlalu lama kerana saya mengambil upah menjahit baju untuk menambahkan pendapatan. Sebelum ni, saya ada juga makan ubat tapi hilang sekejap, lepas tu sakit balik. Tak hilang terus.

Alhamdulillah...Setelah saya minum susu IgG-Plus setiap pagi , saya dapat rasakan perubahan pada diri saya. Saya tak rasa lenguh lagi, tidur saya lena sampai ke pagi, bangun pun tak perlu ambil masa yg lama. Yang paling ketara, ketika naik tangga, saya rasa lutut saya tak sakit. Rasa tak percaya pula tapi itulah kenyataannya. Saya bersyukur kerana dgn adanya SUSU IgG-Plus ini, penyakit yang saya alami begitu lama berkurangan dalam masa yang singkat, saya rasa lebih bertenaga.

Satu lagi kesannya ke atas anak saya, Aiman yg berumur 7 tahun. Awal November 2008 baru-baru ini, dia telah dimasukkan ke hospital kerana demam, batuk dan selsema. Doktor syak dia di jangkiti demam denggi. Tuhan saja yang tau susahnya hati saya ketika itu tapi alhamdulillah ia baru di peringkat permulaan. Doktor terpaksa ambil darahnya setiap enam jam utk di periksa. Selepas dia keluar dari hospital, badannya terlalu lemah, selera makan kurang, demam, batuk dan selsema masih ada lagi, tak hilang terus. Selepas seminggu, keadaannya bertambah teruk sehingga ubat dari hospital habis, penyakitnya macam tu juga. Melihatkan keadaannya begitu, saya membawanya ke klinik sekali lagi, makan ubat pun macam tu juga, sekejap elok sekejap tak. Susah betul hati saya tengok keadaannya yang tak berubah. Asyik tidur saja siang malam. Aiman adalah seorang kanak-kanak yang tak suka tidur siang sebelum ni. Saya cuba juga berikan dia minyak ikan dan vitamin untuk dia cergas kembali tapi minyak ikan habis, keadaannya tetap macam tu.

Sehinggalah saya teringatkan susu IgG-Plus yg saya minum setiap pagi. Saya bancuh satu sachet dengan milo dan beri dia minum. Saya rasa tak sampai lima hari, saya tengok ada perubahan pada Aiman. Demam, batuk dan selsemanya kurang dan terus hilang. Seleranya bertambah baik, aktif dan ceria. Hah...Lega rasanya tengok dia dah pulih seperti biasa malah semakin aktif. Sekarang ni, jangan harap lah nak tengok dia tidur siang lagi. Syukur alhamdulillah kerana rasanya tidak sia-sia saya menjadi ahli Smart Naco yang mempunyai produk yang begitu hebat. Susu IgG-Plus memang LUAR BIASA.

NAK TAU APA ITU SUSU KOLOSTRUM?

Susu Kolostrum adalah SUSU AWALAN/PERTAMA yang dihasilkan oleh mamalia yang melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama kelahiran. Dengan GABUNGAN KOMPOSISI unsur-unsur yang wujud, ia meningkat-rangsang faktor imun dan faktor pertumbuhan yang menjamin kesihatan serta menyokong badan menghadapi survival hidup. Manusia hanya menghasilkan sedikit kuantiti kolostrum manakala lembu dapat menghasilkan hampir 9 gelen cecair "harapan kesihatan" ini.

Sekian catitan saya untuk kali ini. Jumpa Anda di Puncak Kejayaan!!

Wassalam.
Hamidah Abd Rahman
http://www.alivingmydream.com/hamidahdin/
Tel : 013-5842901 / 05-2918269