Tuesday, December 2, 2008

KEHEBATAN SUSU IgG-PLUS

Assalamualaikum

Berjumpa lagi kita di halaman ini.

Setelah dua minggu bersama Smart Naco, saya dapat rasakan perubahan dalam pemikiran saya yang selalu bersikap negative. Bersyukur kepada Allah yang mengubah kehidupan saya dari seorang yang bersifat negative kepada positive. Ini semua adalah berkat dorongan, semangat dan motivasi yang di tunjukkan oleh Kak Mala, En Zul serta usahawan-usahawan Smart Success Team yang sudi mengisi ruang VISITORS di blog saya ini. Terima kasih.

Di sini, ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya setelah mengambil susu IgG-Plus selama dua minggu ini. Sebelum ini, saya ada mengidap penyakit lenguh-lenguh di sendi, kaki dan tangan, yang ketara di kaki sehingga kadang-kadang nak naik tangga pun terasa sakit. Begitu juga dengan pinggang saya hingga tidur malam selalu ternganggu. Nak bangun pagi lagi sakit, mengambil masa nak turun dari katil. Mungkin kerana kesan duduk terlalu lama kerana saya mengambil upah menjahit baju untuk menambahkan pendapatan. Sebelum ni, saya ada juga makan ubat tapi hilang sekejap, lepas tu sakit balik. Tak hilang terus.

Alhamdulillah...Setelah saya minum susu IgG-Plus setiap pagi , saya dapat rasakan perubahan pada diri saya. Saya tak rasa lenguh lagi, tidur saya lena sampai ke pagi, bangun pun tak perlu ambil masa yg lama. Yang paling ketara, ketika naik tangga, saya rasa lutut saya tak sakit. Rasa tak percaya pula tapi itulah kenyataannya. Saya bersyukur kerana dgn adanya SUSU IgG-Plus ini, penyakit yang saya alami begitu lama berkurangan dalam masa yang singkat, saya rasa lebih bertenaga.

Satu lagi kesannya ke atas anak saya, Aiman yg berumur 7 tahun. Awal November 2008 baru-baru ini, dia telah dimasukkan ke hospital kerana demam, batuk dan selsema. Doktor syak dia di jangkiti demam denggi. Tuhan saja yang tau susahnya hati saya ketika itu tapi alhamdulillah ia baru di peringkat permulaan. Doktor terpaksa ambil darahnya setiap enam jam utk di periksa. Selepas dia keluar dari hospital, badannya terlalu lemah, selera makan kurang, demam, batuk dan selsema masih ada lagi, tak hilang terus. Selepas seminggu, keadaannya bertambah teruk sehingga ubat dari hospital habis, penyakitnya macam tu juga. Melihatkan keadaannya begitu, saya membawanya ke klinik sekali lagi, makan ubat pun macam tu juga, sekejap elok sekejap tak. Susah betul hati saya tengok keadaannya yang tak berubah. Asyik tidur saja siang malam. Aiman adalah seorang kanak-kanak yang tak suka tidur siang sebelum ni. Saya cuba juga berikan dia minyak ikan dan vitamin untuk dia cergas kembali tapi minyak ikan habis, keadaannya tetap macam tu.

Sehinggalah saya teringatkan susu IgG-Plus yg saya minum setiap pagi. Saya bancuh satu sachet dengan milo dan beri dia minum. Saya rasa tak sampai lima hari, saya tengok ada perubahan pada Aiman. Demam, batuk dan selsemanya kurang dan terus hilang. Seleranya bertambah baik, aktif dan ceria. Hah...Lega rasanya tengok dia dah pulih seperti biasa malah semakin aktif. Sekarang ni, jangan harap lah nak tengok dia tidur siang lagi. Syukur alhamdulillah kerana rasanya tidak sia-sia saya menjadi ahli Smart Naco yang mempunyai produk yang begitu hebat. Susu IgG-Plus memang LUAR BIASA.

NAK TAU APA ITU SUSU KOLOSTRUM?

Susu Kolostrum adalah SUSU AWALAN/PERTAMA yang dihasilkan oleh mamalia yang melahirkan anak dalam masa 48 jam pertama kelahiran. Dengan GABUNGAN KOMPOSISI unsur-unsur yang wujud, ia meningkat-rangsang faktor imun dan faktor pertumbuhan yang menjamin kesihatan serta menyokong badan menghadapi survival hidup. Manusia hanya menghasilkan sedikit kuantiti kolostrum manakala lembu dapat menghasilkan hampir 9 gelen cecair "harapan kesihatan" ini.

Sekian catitan saya untuk kali ini. Jumpa Anda di Puncak Kejayaan!!

Wassalam.
Hamidah Abd Rahman
http://www.alivingmydream.com/hamidahdin/
Tel : 013-5842901 / 05-2918269


No comments: