Tuesday, February 24, 2009

Apa Itu Matlamat

Selamat Bertemu Kembali

Bagaimana kehidupan anda hari ini? Sudahkah ia berubah? Maksudnya berubah mengikut sebagaimana yang anda inginkan? Keadaan anda hari ini hanya ada 2 keadaaan sahaja iaitu samada naik atau turun. Memang itu lah hakikat kehidupan, sama ada kehidupan anda lebih baik atau lebih buruk dari dulu. Sudah tentulah kita mahukan kehidupan yang lebih baik, lebih berjaya dari sebelum nya.

Jadi untuk menjadi kan kehidupan yang lebih baik, perlu lah ada satu matlamat atau arah yang hendak dituju. Ada matlamat yang hendak anda capai. Ada sebab mengapa anda hendak mencapai matlamat anda itu.

Seorang yang bijakpandai pernah berkata,"Punca utama mengapa seseorang itu boleh berterusan gagal, bukan kerana kurang semangat, tidak ada motivasi tetapi kerana satu faktor yang amat besar iaitu tidak mempunyai arah atau matlamat." Matlamat itu amat penting. Ia umpama peta dan kompas. Anda boleh terdampar di mana-mana saja tanpa peta dan kompas. atau anda boleh sesat, sampai di tempat yang tidak anda sukai.

Perlu diingat, bahkan orang yang mempunyai matlamat pun adakalanya tak sampai ke arah yang hendak dituju, inikan pula orang yang tidak mempunyai matlamat.

Begitulah, dalam hidup ini, banyak cabang, banyak jalan dan banyak arah yang hendak di tuju hingga menyebabkan seseorang itu bingung - arah manakah yang hendak dituju. Anda mesti menentukan arah dengan tepat barulah arah itu boleh anda lalui dengan jayanya.

Matlamat pula hanya akan tercapai jika anda mengenali secara terperinci hakikat sebenar matlamat. Bukan setakat 'Apa itu Matlamat' tetapi lebih mendalam lagi. Bila anda telah mengenali matlamat, peluang untuk mencapainya lebih terbuka luas.

Untuk menjawab soalan, "Apakah itu Matlamat' - ialah apa yang sangat-sangat anda hajati. Jika anda tidak bersedia, tidak ada hati nak mencapainya, ia adalah angan-angan. Tetapi jika angan-angan anda itu disertai dengan kemahuan yang kuat untuk mencapainya, berusaha sedaya upaya mencapai apa yang di angan-angankan - maka itulah sebenarnya Matlamat.

Apakah matlamat yang baik sebenarnya? Inilah sebahagiannya:

  • Ia tidak bertentangan dengan agama
  • Ia tidak merosakkan diri sendiri apatah lagi orang lain
  • Bukan 100 peratus kerana wang
  • Ramai yang mendapat faedah jika matlamat anda tercapai
  • Tidak mementingkan diri sendiri
  • Tidak mempergunakan orang lain sebaliknya mereka yang membantu anda mencapai matlamat itu mendapat faedah yang sama atau lebih dari anda
  • Yang penting sekali, anda mestilah mendapat kerjasama orang lain; tanpanya matlamat anda mustahil boleh dicapai.
" Angan-angan Melahirkan Impian. Tindakan Merealisasikan Impian"

Jumpa Anda di Puncak Kejayaaan.

Salam Sayang

Hamidah
013-5842901

No comments: