Tuesday, February 17, 2009

Fakta Benar & Fakta Salah

Salam untuk semua!

Senarai berikut mungkin membelenggu fikiran dan menyekat anda untuk terjun menyertai perniagaan di internet:

Fakta Salah
  • Menjadi jutawan di internet? Jangan nak mengarut
  • Perniagaan di internet hanya untuk orang yang mahir dengan komputer dan perisian yang cangih sahaja
  • Saya tiada modal besar untuk menyediakan stok barangan yang hendak dijual
  • Saya tidak pandai membina laman web, macam mana nak berniaga melalui internet?
  • Saya tiada pengalaman berniaga dan tidak tahu apa hendak dijual di Internet.
  • Saya perlu memasang komputer dan internet 24 jam sehari?
  • Mustahil orang nak jumpa laman web saya kerana terdapat berjuta-juta laman web di internet.
  • Saya tak tahu macam mana urusan jualan dan belian terutama proses bayaran dilakukan dalam perniagaan di internet.
  • Perniagaan global? Saya tidak mahir berbahasa Inggeris, macam mana nak jual barang kepada orang Inggeris?
Fakta Benar

Fakta sebenar berikut menjawab persoalan yang membelenggu dan menghalang anda melakukan langkah pertama membina perniagaan pertama di internet.

  • Perniagaan di internet bukan hanya untuk orang yang mahir mengguna komputer dan perisian yang canggih sahaja. Kini perniagaan di internet amat mudah untuk di laksanakan. Jika anda memiliki komputer dan boleh menggunakannya, ini bermakna anda celik komputer. Kini anda hanya perlu menggunakannya untuk tujuan perniagaan pula.
  • Mengapa tidak? Anda hanya memerlukan sedikit panduan. Perniagaan ini juga boleh dijalankan secara automatik. Jadi anda boleh melakukan kerja lain ketika pelawat melayari laman web perniagaan di internet anda!
  • Perniagaan di internet tidak memerlukan modal besar. Anda tidak perlu menyewa ruang kedai, pejabat atau gudang. Malah anda tidak perlu mengupah pekerja. Pekerja anda adalah anda sendiri. Anda juga tidak wajib menyimpan stok barangan. Barangan yang hendak dijual boleh di perolehi daripada pembekal hanya apabila menerima pesanan. Kos pemasaran juga rendah malah boleh di lakukan secara Percuma!
  • Jika anda tidak pandai membina laman wab, upahlah orang lain melakukannya. Kebanyakan pelajar sekolah dan pelajar universiti boleh membantu. Sekarang kemahiran IT di pelajari oleh pelajar sekolah dan universiti.
  • Perniagaan ini tidak memerlukan pengalaman berniaga. Anda boleh menjual apa saja melalui internet
  • Anda tidak perlu memasang komputer dan internet 24 jam sehari. Yang penting, anda boleh mencapai internet ketika ingin memastikan sama ada pelawat laman web anda membuat pesanan sahaja. Maknanya anda juga tidak wajib memiliki komputer sendiri. Anda boleh menggunakan komputer di kafe siber!
  • Mustahil orang nak jumpa laman web saya kerana terdapat berjuta-juta laman web di internet. Kenyataan ini memang benar.
  • Anda tidak perlu risau kerana terdapat teknik yang boleh meramaikan pelawat melayari laman web anda.
  • Menjadi jutawan melalui perniagaan internet bukan perkara karut. Di Malaysia telah ada yang menjadi jutawan daripada perniagaan ini. Malah ada di antara mereka yang menjadi jutawan pada usia muda.
  • Irfan Khairi menjadi jutawan pada usia 25 tahun. Salah satu perniagaan internet beliau menghasilkan pendapatan bersih RM1 juta hanya selepas tiga tahun beroperasi!
  • Jangan risau jika anda tidak tahu bagaimana proses jualan dan belian dilakukan. Panduan dan maklumat akan diberikan kepada anda untuk mempelajari nya.
  • Ya, perniagaan di internet adalah perniagaan global. Meskipun ia beroperasi hanya dari bilik tidur tetapi perniagaan anda adalah global.
  • Masalah penguasaan bahasa Inggeris bukanlah masalah yang serius. Banyak langkah untuk mengatasi masalah ini boleh dilakukan. Contohnya anda boleh mengupah /minta tolong orang lain untuk membantu anda.
Sedarlah! Anda harus memulakan perniagaan di internet dengan segera. Perniagaan secara online ini sebenarnya pilihan yang baik dan bijak jika anda:
  • Mahu keuntungan lebih dengan usaha yang sedikit;
  • Tiada modal atau hanya memiliki sedikit modal;
  • Mahu menggandakan aliran pendapatan anda;
  • Mahu bekerja di dalam keselesaan rumah;
  • Mahu keuntungan segera dari perniagaan anda;
  • Mahu potensi keuntungan perniagaan yang tiada had;
  • Mahu perniagaan anda di jalankan secara automatik
Rahsia menuju kekayaan: Buatlah apa yang patut anda buat:
Jangan buat apa yang anda suka buat - Dr Azman Ching

Fikir-Fikirkan Lah!

Salam dari saya
Hamidah
013-5842901

No comments: